Wednesday, May 13, 2009

Isteri yang mane satu??


Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah

Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang
perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu
dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja.
Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi
yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun
tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia
tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup.Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

**Sy suke berkongsi ilmu dgn kwn2 semua dan semoga artikel ni dpt membentuk kita menjadi isteri yg solehah.
p/s: sebenarnys sy bukanlah org yg skema mcm ni.tak pecaye tanye kwn2 kat luar sane.hehehehehe

1 org nak conteng on "Isteri yang mane satu??"

Panggil Saja Lyeana,Yana on May 13, 2009 at 2:04 PM said...

ala...skema pon aper salah eh....ko tetap kwn den walau ko skema.

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez