Saturday, June 19, 2010

Rule of Ten


Copy from buku Penjagaan sewaktu Kehamilan dan Selepas Bersalin

1)Tempoh kehamilan ialan 10 purnama
Zaman dahulu,manusia menghasilkan kalendar berdasarkan kepada saiz bulan di langit.Tempoh satu bulan dikira dari masa bulan berbentuk sabit bertukar ke bulan sabit seterusnya.Mengikut kalendar sekarang,pertukaran bulan berlaku pada tarikh 27 hingga 28 hari bulan.Kiraan ini bersamaan dengan 9bulan kalendar moden.

2)Kenaikan berat badan yang ideal sepanjang tempoh kehamilan ialah 10kg
Terbukti bahawa 10kg merupakan kenaikan yang paling ideal bagi seorang ibu hamil.Pertambahan kurang daripada 10kg sering dikaitkan dengan masalah IUGR(Intra Uterine Growth Retardation)yang membuatkan mental dan fizikal bayi menjadi lemah.Kenaikan melampau pula meningkatkan risiko ibu mengalami masalah kencing manis dan darah tinggi.

3)Waktu rehat yang diperlukan ialah 10jam sehari
Ibu memerlukan waktu rehat selama 10jam dalam sehari untuk tidur dan berbaring.Ibu yang sering berdepan dengan masalah bengkak kaki mesti mendapatkan waktu rehat yang secukupnya bagi mengurangkan gejala ini.

4)Peningkatan 10% tekanan darah melebihi tekanan darah sebelum kehamilan dianggap merbahaya dan perlu dirawat segera
Tahap tekanan darah sebelum hamil dijadikan penanda aras dan bacaan melebihi 10% dianggap bermasalah.

5)Panjang tali pusat bayi ialah 10inci

6)Paras hemoglobin darah ibu hamil tidak boleh kurang daripada 10gram pecent
Anemia merupakan masalah yang biasa bagi ibu hamil.Segala keperluan zat dan makanan bayi diambil daripada ibunya.Jadi ibu akan mengalami pencairan darah yang meningkatkan volume darah tetapi mengurangkan zat besi dalam darahnya.

7)Tempoh pemulihan rahim memakan masa selama 10minggu
Selepas bersalin, saiz rahim akan mengecil secara perlahan-lahan sehingga ia tidak lagi dapat dikesaan dengan tapak tangan.Penurunan ketara dapat dilihat pada setiap minggu. Pada minggu kesepuluh, rahim tidak dapat dikesan lagi

8)10 kali pemeriksaan antenatal sepanjang tempoh kehamilan
Dalam tempoh 8 bulan pertama, pemeriksaan dilakukan sekali atau dua kali sebulan sehingga tiba waktu bersalin.Jadi berjumpalah doktor sekurang-kurangnya 10 kali sepanjang kehamilan anda

9)Pergerakan bayi didalam perut ibu dari jam 10 pagi hingga 10 malam sebanyak 10 kali

10)Pintu rahim akan terbuka sebanyak 10cm semasa bersalin
Partogram merupakan graf yang dibuat oleh doktor dan jururawat di dalam dewan bersalin.Semasa rahim terbuka seluas 5cm, ia dianggap fasa tidak aktif. Manakala fasa aktif dinilai sekiranya bukaan melebihi 5cm yang menyebabkan kelahiran boleh berlaku dengan cepat.Apabila pintu rahim terbuka 10cm,ia menandakan bahawa bayi bersedia untuk dilahirkan.

0 org nak conteng on "Rule of Ten"

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez