Thursday, September 30, 2010

Aidilfitri 2010

2 org nak conteng
 Ini atok saye.Umur die sy tatau tp rsnye dah 90 kot.Otai beb
 Ini fareq sepupu hariz dan fitri...anak kakak sy
 dan ini ialah anak bujang sy.Rambut die pjg mcm radhi OAG,enterframe kat situ gmbr daddy hariz.Sy????mestila kat hospital bersame2 fitri
  Mz kate hariz mau pakai kejap jer sampin dan songkok kendian die campak ntah kemane songkok dan sampin die.

Puas nak mencari baju raye kaler pink utk 2 beranak ni.Akhirnye jmpe jgk kat Jln Tar,itupon tgl selai jer utk saiz 2thn punye,mmg rezeki kami la tp hariz sgtla buat perangai nak sy ajer dukung die bl mz nak amik die jerit2 takmo.Nasibla fitri tak bercadang nak kuar time tu kalo tak harubiru la sy dan mz
 Ini damia sepupu hariz jugak...anak abg sy
Last sekali gmbr keluarge sy bersame2 atok aka moyang hariz,fitri,fareq dan damia tp ms ni mz dan hariz takde sbb sy pon tatau kenape.Gmbr diambil pd hari ry kedua.Ms tu sy br terhegeh2 nak discharge dr spital.Takpe.....thn depan konfom ade gmbr sy satu keluarge mcm ni jugak

Saturday, September 25, 2010

Day 15 and still jaundice

2 org nak conteng
Sudahpon setgh bulan usia fitri,kejap betul ms berlalu rs mcm br jer melahirkan die.Terigt waktu sakit yg dtg secare tidak konsisten dan terbyg lg keadaan sy yg huru hara dlm LR.

Hari ke-15,fitri masih lg kuning walaupon readingnya tak brp tgg but still 200++.Disebabkan itu sy menyusukan die dgn lebih kerap iaitu sejam sekali.Agak ssh nak kejutkan die utk bgn minum tp bl bacaan kuningnye menurun bwh paras 250 die sendiri otomatik akan bgn utk minum sejam sekali walaupon diwaktu mlm.Haish...jenuh sy nak bgn mlm sejam sekali.Nanti bl jaundice die dah betul2 hilang sy kene set semule waktu menyusu utk fitri.

Walaupon sejam sekali menyusukan Fitri sy masih smpt mengepam utk buat stok EBM.Alhamdulillah sehingga ke hari ke-15 ini sy dpt mengumpul sebyk 29.5oz,tolak hari ketika sy berkampung dihospital selame beberape hari,adela baru dlm 8 ke 10hari ajer sy berada dirumah.Sehari hanya sekali sahaje sy pump utk buat stok EBM.Hopefully jumlahnya akan berganda2 selepas ini.

Ms pantangkan Hariz dl mmg zero knowledge pasal stok2 EBM ni,semgg sblm mule bekerja br terhegeh2 nak buat stok.Sungguhpon begitu sy ttp berjaye menyusukan Hariz tanpa bantuan FM sehingga sethn dan utk adik Fitri sy berharap dpt menyusukannya sehingga 2thn dan buat stok EBM sampai tak muat peti.Hehehehehe

Esok kene pg ke KK lagi utk amik darah Fitri,kesian die asyik kene amik darah jer dan mgg depan ade appointment dgn Dr Paed due to prolonge jaundice ini.Hariz dl pon mcmtu jgk.Sblm melahirkan Fitri sy dan mz sudah bersedia fizikal dan mental tentang ini.Hopefully semuanya OK....AMINNNNNNNN

Wednesday, September 22, 2010

Hafiey Fitri bin Ahmad Tarmizi

6 org nak conteng
Name sy Hafiey Fitri.Mummy cakap muke sy ms lahir potostat muke abg Hariz cume pipi sy tak segembol pipi abg Hariz.
Abg hariz suke kacau sy tido.Mane sy ade situlah die nak main.Abg hariz suke lompat2 atas katil,mummy kdg2 ngeri abg hariz terpijak sy.Kalau mummy bentang tilam utk sy abg hariz org pertame baring atas tilam.Kalau mummy pangku sy abg hariz pon nak letak kepale kat bdn mummy.

Nak tgk gmbr sy yg lain sila ke FB mummy tp gmbr newborn sy dlm hp mummy.Mummy tertgl kabel hp kat opis sbb mummy igt sy nak kuar lmbt mcm abg hariz.Nanti bl mummy dah masuk keje mummy akan uplod gmbr newborn sy :)

Friday, September 17, 2010

Dan saat itu....

8 org nak conteng
Kesinambungan dari entry sini. Entry ini adalah utk kenang2an sy.Jika anda boring sila jgn bace.

Org lain sibuk didapur sy sibuk didlm rumah menggosok baju ry anak beranak sambil menahan sakit yg dtg tak tentu ms.Mz dah byk kali ajak pg spital tp sy kate sakit ni tak konsisten so tak payah pg la.

Pukul 10 mlm mz dah pakse2 ajak pg spital pasal kejap2 sy stop iron baju kejap2 sy stop so sy stuju jelah tp sblm tu pos hariz ke umah mak mertue dl sbb umah mak sendiri takde sape nak tgk2kan hariz sbb sumer ade keje masing2.Gedebuk gedebak sampai hospital pkl 1030.Dlm kereta bl sakit dtg sy suh mz drive slow bl sakit hlg cpt2 suh die bwk laju.

Sampai hsptl as usual ctg,VE semua.Reading ctg biase2 aje.contraction mmg ade tp tidak kerap.Owh ms tu dah 4cm dah.Byk mende sy tanye kat dr mude tu sbb patient pon takde amikla peluangkan.Sebolehnya sy nak terus msk LR sbb kalo sy msk wad nt sy dok sorang2 kalo msk LR mz boleh temankan sy.hehehehehe.....aci tak??
Disbbkan mlm ry semua org tanak beranak lg jadinya LR adalah kosong so mz pg uruskan semua dan kol 1245 sy sdh berade dlm LR.Wah!wah! suasana dlm LR meriah sungguh.Lagu ry berkumandang diudara dgn ketupat bergayut2 disyiling.Misi pon kemain gembira menyambut kedtgan saya.

Sy disuruh salin bj khas utk labour dan baring atas katil.Misi dan bidan di HTAA sgt baik.Sy suke bersalin disini.Ms di LR jln dah bukak 5cm.Rsnye br jer cek kat bwh 4cm ni dah 5cm dah.Haish.....tak lame dah ni,sakit pon dah makin kuat ni.Sy rs mcm hilang arah,ms hariz dl rsnye sy masih igt tuhan bl sakit dtg.Misi suh mz urut2 pinggang sy tp sy tolak tgn die sbb sy rs tak selesa bl ade org sentuh sy ms sakit.Sy ckp dgn die takyah buat ape2 cume kdg2 sy genggam tgn die.

Pukul 130 sy rs mcm tak tahan sgt dah sakit.Misi kat situ pon mcm dah tak sabar nak suh sy bersalin,dorang mmg dah standby awal lg tgl nak tgg sy push ajer.Bl sy kate nak terberak segera dorang dtg tp rupenye br 7cm........owh sy igt sudah mau keluar baby dlm perut ni.

Bl cek br 7cm misi pg kedpn kejap tp tak smpai beberape saat sy rs mcm mau terberak sgt2.Dlm sakit2 tu sy gtau mz yg sy rs nak terberak sgt2 so mz pon smbil jerit ajer pgl misi....kekekeke dan sy rs lega bl misi kate ok baby 1syawal dah nak kuar ni.Hoh!berpeluh2 ni amik tenage nak push.Contraction pertame dtg sy push tp  tak berjaye,contraction kedua dtg kepale keluar,puas jugak nak curik2 nafas rs mcm nak menangis jer tp mujur bidan dan misi kat situ sgt2 membantu dan akhirnye bl contraction ketige dtg baby selamat keluar.Wah.......rs sgt lega bl semuanya dah selamat.

Mujur kali ni tak kene gunting ataupon terkoyak so cepatla luke bersalin sy sembuh.Jahit ttp ade utk kebahagian rumahtangge........hahahahahaha.

Semuanya sudah selesai dan sempena menyambut hari raye LR HTAA telah prepare 10 hamper utk baby 1syawal.Yeay!!!sy adalah org pertame yg mendpt hamper itu.Kire2 hamper tu boleh menjimatkan duit sy lebih kurang 6bln atau lebih utk mandian,syampu bagai.

Disebabkan takde org dlm LR mz sesuke hati keluar masuk LR tp atas permission misi2 disitu.Selesai semua boleh lak suami yg soleh ni tanya kat sy.......kenape bl nak beranak syg ckp nak terberak???adoi....soklan jenis apakah ini??mcm la ini kali pertame dok dlm LR same2 dgn sy.


**Gambar tak smpt nak transfer.Nt bl ade ms sy akan uplod gmbr baby.

Thursday, September 16, 2010

Apa yg terjadi pd mlm raye thn ini

4 org nak conteng
Alhamdulillah sudah selamat melahirkan adik hariz pd mlm ry....uhuk2 tak smpt pakai bj raye dan mkn ketupat rendang bagai,adik hariz pon nak raye bersame2 kami walaupon pg ry terpakse dok lam wad jer


Born on 37weeks 2days
Tarikh 10/09/10
Masa  0215am
Berat   3.192kg



**Hariz tgh menyesuaikan diri utk menjadi abg.Mn ade adik situla ade hariz.

Sunday, September 12, 2010

KLIMS 2010

0 org nak conteng


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTOR SHOW 2010


KLIMS 2010 mengangkat tema sama yang menjadi tunjang kepada pameran pemotoran lain di seluruh dunia. Dengan tema We Care, ia memberi fokus kepada teknologi hijau yang meliputi teknologi hibrid dan kenderaan elektrik atau EV (Electric Vehicle).

"KLIMS 2010 bukan sekadar mempamerkan kenderaan dan teknologi terbaru automotif. Malah, ia menjadi manifestasi kepada evolusi yang dialami oleh industri automotif tempatan selama 50 tahun," jelas Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.


Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Dianjurkan oleh MAA selama 10 hari, hari pertama KLIMS 2010 yang dikhaskan untuk sekumpulan wartawan sarat dengan acara pelancaran model-model baru.

Paling menarik, datangnya dari lokasi pameran milik Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB). Mengambil kesempatan atas pengecualian cukai import dan duti eksais ke atas model hibrid bawah 2,000cc yang diumumkan oleh kerajaan, HMSB tidak menunggu lama untuk melancarkan model Insight.

Dijual pada harga RM98,000 seunit di atas jalan, Insight merupakan model hibrid paling murah yang boleh anda peroleh di pasaran. Sebelum ini, pengguna tempatan ditawarkan dengan model hibrid seperti Honda Civic Hybrid dan Toyota Prius.




HONDA Insight telah menerima tempahan lebih 200 unit. Namun, jentera ini hanya akan berada di garaj anda selepas Februari 2011.


Harus tahu bahawa Insight telah menerima banyak pembaharuan dari segi teknologi berbanding generasi sebelumnya.

"Selari dengan objektif untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida (CO2), pembinaan Insight generasi kedua berasaskan kepada empat aspek utama iaitu mesra alam, praktikal, menyeronokkan dan mampu milik," kata Pengarah HMSB, Shigeru Yamazaki.


Pengarah HMSB, Shigeru Yamazaki.

Tidak perlu bimbang tentang kos penyelenggaraannya. HMSB menawarkan jaminan lima tahun atau perbatuan mencecah 140,000 kilometer (yang mana tiba dahulu). Malah, HMSB akan menurunkan harga alat-alat ganti Insight terutama baterinya sebanyak 40 peratus.

Toyota pula membawa model konsep FT-HS Hybrid Sports dan 1/X yang menggunakan enjin hijau. Ia menggabungkan teknologi enjin petrol dan sistem pacuan hibrid plug-in. Turut memenuhi ruang Toyota ialah model-model yang sudah berada di pasaran termasuklah Prius, Corolla Altis dan trak pikap Hilux. Lexus pula hanya mempamerkan model hibrid seperti Lexus RX 450h dan LS 600h yang dilancarkannya baru-baru ini.

Tiada model baru untuk dipersembahkan, Mitsubishi Motor Malaysia mengambil inisiatif untuk mengujakan pengunjung menerusi dua model konsep yang berpaksikan kepada teknologi EV. Model Concept PX-MiEV dan i-MiEV Sport Air sebelum ini pernah melakukan debut di Tokto dan Geneva.



Proton tampil dengan kenderaan elektrik yang dinamakan sebagai Proton Exora Extended Range Electric Vehicle. Mengambil ruang pameran yang luas di KLIMS 2010, Proton mempamerkan model-model Lotus dan Saga EV. Di samping rangkaian model daripada siri Pahlawan yang meliputi model Jebat (Inspira), Kasturi (Saga) Lekiu (Exora), Tuah (Persona) dan Lekir (Lotus Europa). Tidak ketinggalan, Satria Neo R3 Concept.


Satria Neo R3 Concept.

Mencipta revolusi


Tapak pameran Perodua menampilkan model ptototaipnya, Perodua Bezza yang merupakan inovasi tenaga kerja tempatan 100 peratus. 


Mengangkat tema Ekologi, Ekonomi dan Keterujaan kepada semua, Perodua menunjukkan kepada orang ramai mengenai laluan pembangunan enjinnya yang dilihat mampu mencipta revolusi dalam industri automotif tempatan. Pastinya, pembangunan enjin tersebut melibatkan kerjasama teknikal dengan pihak Daihatsu dari Jepun.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempamerkan hala tuju reka bentuk inovatif Nissan. Ruang pamerannya dihiasi dengan model SUV Juke yang menawarkan reka bentuk unik. Tidak cukup? Nissan juga mengetengahkan model MPV saiz penuhnya Elgrand, model kompak Nissan March serta sedan mewah yang baru dilancarkannya, Nissan Teana.

Lebih menarik, ETCM melancarkan jentera berkuasa tinggi yang diimport sepenuhnya (CBU), Nissan 370Z Roadster. Model convertible dua tempat duduk itu dijana oleh unit enjin bersesaran 3.7 liter VQ37VHR. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.



Nissan 370Z Roadster ditawarkan pada harga RM382,520 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan bayaran pendaftaran.

NAZA menyatakan pihaknya tidak keberatan untuk membawa masuk Chevrolet Camaro SS berdasarkan kepada kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peminatnya.



Jauh ketinggalan

Di sebalik semua pelancaran dan pameran itu, secara peribadinya penulis berpendapat KLIMS 2010 adalah mengecewakan. Penulis bukan membandingkannya dengan pameran sama yang dilangsungkan di Tokyo, Geneva, Paris, Detroit atau Beijing. Tetapi, jika dibandingkan dengan Bangkok Motor Show atau Jakarta Motor Show sekali pun, KLIMS 2010 sudah jauh ketinggalan.

Pertama, dari aspek penyertaan daripada pengeluar kenderaan. Di mana pemain industri dari Eropah seperti Mercedes-Benz, BMW, Audi, Volkswagen atau Renault? Jenama mat saleh yang ada cuma Peugeot dan Chevrolet, itu pun kerana ia berada di bawah naungan Kumpulan Naza.

Syarikat dari Jepun pun ada yang tidak mengambil bahagian. Kelibat Suzuki misalnya tidak kelihatan. Jenama motosikal apatah lagi. Bayang motosikal Modenas, Honda, Yamaha atau Suzuki memang tiada. Mujur ada Naza, maka bolehlah pengunjung melihat pelbagai model di bawah jenama Vespa, Gilera, Aprilia, Ducati dan Harley-Davidson.

Jenama Korea dilihat lebih bernasib baik kerana Sime Darby mengambil keputusan untuk melancarkan model SUV terbarunya, Hyundai Santa Fe dan memperkenalkan sedan Avante di negara tersebut.

Kia pula, 'diselamatkan' oleh Naza yang melancarkan model SUV, Sorento. Ruang pameran Kia dimeriahkan dengan penampilan model dua pintu Kia Forte Koup yang dijangka menerjah pasaran pada tahun depan.




Boleh dikatakan Naza menjadi entiti yang paling aktif di KLIMS 2010. Bukan sekadar mengambil ruang yang besar untuk semua jenama di bawah naungannya, Naza juga melancarkan model baru seperti MPV premium Peugeot 5008 dan Ducati Duavel. Dominasi Naza membuatkan seorang rakan berseloroh bahawa KLIMS 2010 seakan-akan sudah menjadi pameran kereta Naza.

Syarikat tayar kecuali Continental tiada yang berminat untuk mengambil bahagian.

Selain itu, pihak media juga dibiarkan kebingungan. Kami tidak diberi jadual acara yang berlangsung pada hari itu selain daripada program majlis pembukaan. Maka, terpaksalah kami bertanya kepada syarikat kereta apa yang akan berlaku di ruang pameran masing-masing.

Ciri antarabangsa KLIMS 2010

Selain jumlah penyertaan dan ruang pameran yang kian mengecil, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sudah tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat penganjuran acara bertaraf antarabangsa terutamanya KLIMS. Jika sedekad lalu, ia mungkin lokasi yang terbaik. Kini, dengan kedudukan antara dewan yang jauh, saiz dewan yang kecil, jumlah parkir terhad selain kondisi bilik air yang sudah uzur, penganjur KLIMS sepatutnya sudah matang untuk memilih lokasi lain.

Apakah yang antarabangsa tentang KLIMS 2010? Sudahlah bilangan kenderaan yang dipamerkan sedikit, tiada debut antarabangsa, kurang penyertaan industri hiliran (aksesori misalnya) malah bilangan wartawan asing pun sukar ditemui. Jadi, perkataan antarabangsa itu merujuk kepada apa?

Pengunjung juga dicanangkan dengan kehadiran replika watak robot daripada filem blockbuster Hollywood, Transformers iaitu Bumblebee. Robot Bumblebee setinggi lima meter yang berubah bentuk daripada model Chevrolet Camaro SS itu dilihat sekadar menjadi tarikan untuk jualan patung-patung mainan Transformers. Sedangkan kereta Chevrolet Camaro SS sebenar diletakkan di satu sudut yang lain.



Meskipun pengunjung berpeluang melihat kenderaan yang digunakan oleh watak adiwira Batman iaitu Batmobile, namun kualiti penghasilannya tidak mampu mengagumkan sesiapa pun termasuklah pelajar sekolah rendah.

Gabungan semua faktor itu membuatkan KLIMS 2010 sebagai satu acara yang membosankan dan tidak mencapai tahap antarabangsa. Ia bukanlah kritikan secara membuta tuli. Penulis yakin penganjur acara di Malaysia mampu melaksanakan program yang jauh lebih hebat daripada KLIMS 2010.

Thursday, September 9, 2010

Standby Mode

2 org nak conteng
Sy sudah selamat sampai ke kg.Alhamdulillah tiada ape drama berlaku ketika dlm perjalanan.Hariz tido half way journey.Okla..at least sy dpt berehat sekejap.Daddy membawe kereta dgn begitu berhemah tp takdela berhemah sgt,puas jgk sy nak mengkontrol perut agar tidak terlalu bergoyang.Kang ado smpai Ktn terus ke wad bersalin.Haru jer

Pagi ini sudah rs tidak sedap bdn.Sakit sudah mule terase tp tidakla begitu kerap,masih boleh bertahan  mengemas mn yg sy rs boleh buat tp bl kekerapan sakit itu dtg secare konsisten selame 2jam sy surrender masuk bilik dan tido.Owh tak boleh tido sbb bl baring lg rs bertambah sakit,so sy hanya bergolek2 merehatkan bdn.

Bl bergolek2 begitu tidak mendtgkan ape2 kesan,sy bgn pg kedapur jenguk2 sahaja.Hehehehe....kemudian terase mcm kurang selesa disitu.Pg ketandas utk wee wee dan owh.....darahlah.Sy konfius nak berbuke ke tanak ni.Lahai...sehari jer lg,misi nak ckp 30 hari tidaklah kesampaian.Dah alang2 tu mkn nasi minum jus oren.......uhhh terase nikmat sbb cuace pns ya amat.

Msg mz gtau sudah ade tande tp jgn panik sbb sakit tidak begitu konsisten sgt.Relak2 bc paper smbil2 lipat kain yg dah kering.Perut ni rs mcm nak membuang tp tidaklah kronik perasaan itu.So hanya ketandas utk wee wee lg,kemudian tgk...owh kali ini sudah ade ketul2 darah dan darah bersame lendir.Gabra kejap......masuk bilik jmpe mak gtau situasi sekarang.Mak kate"kau seluk la sendiri"
Haish....buang tebiat gak eh mak ni.Then die kate nt pas solat die cek.Berdebar2 ni walaupon mak sendiri yg nak cek bukaan.Owh....mak sy adalah bekas bidan hospital dan die juga menyambut bayi sewaktu ketika dl.

Ok..sesudah solat mak pon menjlkan tugas die,korek2(nasib tak sakit)Br 3cm tp ko punye rahim lembut ni bukaan tu cpt.Bihtu bl nak p spital mak?tgg sakit 5minit sekali ke?eh..jgn kang tak smpt kene mrh ngn doktor.Abihtu???pg bl dah 10 minit sekali sakit.

Eh.....sy rs mcm tak percaye adik hariz nak kuar time ry.Timing cantek eh baby.Nak kutip duit rayekah????Sekarang ini adalah waktu berjage2.


**mohon maaf kepade kwn2 semua dan doakan semoga dipermudahkan segalanya.AMIN

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, September 3, 2010

Quick Update

0 org nak conteng
Hariz jatuh bengkak bibir.Arini dah surut dah...gambar??tak payah la buh kan sbb hensem benar tgk bibir  hariz ala2 Ning baizura gitu

Updates on baby

berat :2.8kg(ringan sedikit compare to hariz ms 36weeks is 3.03kg)
berat mummy:67.5kg(same mcm last wik)
dan semuanya yg lain OK.Mgg depan udah nak balik beraye.Beg baju2 hariz dan baby utk stok 2bulan sudah ku hangkut ke ktn(tumpang keta abg ipar since die balik single mingle ajer arini)

Mgg depan juga kene amik darah lg skali utk cek HB.Sy konfius ms hariz dl kene amik darah sekalikah atau 2 kali kah.Ptt ke sy skip cekup utk mgg depan.Owh ngeri la nak amik2 darah lg but according to Dr.penting utk tau HB ibu mengandung sbb nt kalo ade complication sewaktu bersalin even bleeding yg sikit boleh jd seriyes if HB rendah time melahirkan.Eh....takut la pulak dgr mcmtu.

Ry pon tgl beberape hari jer lg,masih lg tercari2 baju melayu utk 2 beranak itu.Ssh betul la nak cr kaler soft pink gitu.So misi wiken ini ialah mencari baju melayu utk daddy dan hariz.Mcm tak percaye jer Ramadan dah smpai ke penghujung dan misi sy utk berpuase penuh 30 hari mungkin akan terlaksane.Hoyeh!hoyeh!

**baby,pls stay inside mummy's tummy until week 39.Kasik can mummy ry dl okey!!
 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez