Friday, September 28, 2012

Darah sebelum bersalin

2 org nak conteng
Ops....bukan saya sudah mau bersalin,sekadar berkongsi dgn semua tentang kemusykilan darah yg keluar sblm bersalin.

Tanda2 bersalin bagi ibu2 adalah berlainan,mcm saya....ms hariz keluar air dan of cos kite tahu kalau kuar air ibu masih boleh menunaikan solat tp sedikit musykil jika tanda darah yg keluar as ms fitri tanda bersalin saya ialah keluar darah dihari terakhir puase.Mengikut kata ayah saya,harus berbuke puase kerana sudah keluar darah.

Tapi saya masih mencari fakta dan hukum serta jenis darah yg keluar sblm bersalin dan ini yang saya dapat.Sekadar berkongsi dgn semua

Soalan




Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza.


Jawapan Uzar



Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-





Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.



Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.



Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.



Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.



Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-



Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :



"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)


Jadi kesimpulan yg dapat dibuat adalah ibu yg tanda bersalinnya keluar darah atau lendir bercampur darah tidak diwajibkan berpuasa atau bersolat kerana sahih darah yg keluar itu adalah DARAH HAID

Thursday, September 27, 2012

Half way journey

0 org nak conteng
I am approaching 24 weeks of pregnancy.....wuhuuu,maknenye dah nak masuk 6 bulan dan ade 3 more mths to go itupon jika saya tidak beranak awal but i wish baby will pop out on 1/1/2013.....heheheh.Doa banyak2 mane tau Allah makbulkan permintaan ibu mengandung ni :p,cam fitri on 37 weeks dah keluar.

As for now baby's movement sudah agak agresif berbanding ms 5 bulan dulu.Kicking here and there,teruja sbb dah 2tahun lebih tak rs baby gerak2 dalam perut in fact dah lupe sebenarnye all those moment.Haish....rase mcm dah tua sgt je kan.

Okay....aritu ade cerite pasal MGTT tu kan,so the result dah dpt and alhamdulillah semuanya ok.Before minum air gule the reading adalah 4.0++ and after minum air gule the reading naik sikit jer 5.0++.Kalau ikut last 2 pregnancy mmg takde kencing manis tapi tulah mcm yg saya mention in prev.entry,doc tgk anak2 saya lahir semua 3.0++ keatas tu yg die nak jgk buat MGTT tu.layan jela kan.

Saya masih gagah berjalan dan membuat kerja2 rumah tapi ade mase2 bile dah terlalu banyak bergerak dan berdiri saya rs perut sy mcm nak jatuh!huhuhu.....eh,kali ni pusat saya mmg sgt obvious nampak,hahaha...tak cun langsung

Tak kisah la camne pon rupe perut saya yg penting baby sihat sempurna fizikal dan akal fikiran dan saya diberi kesihatan yg baik untuk tempoh 3 bulan yg akan dtg,.Insyallah...amin

Thursday, September 13, 2012

21 weeks

3 org nak conteng
Alhamdulillah...sudah separuh perjalanan pregnancy kali ni.Semuanya berjalan dgn baik.Baby's movement pon dah start rase since 19weeks aritu,buat masa sekarang mmg rs geli2 manje jer bile si'die' bergerak,tunggula bile dah 7mths++ nanti,sekali die siku...tahan jela sakitnya.

Tidur masih lagi lena,boleh pusing kekiri dan kekanan sesuke hati ditambah pule anak2 teruna 2 org tu tido dgn ayahnya....hehehehe.Bukan dipaksa tp permintaan mereka.Hariz mmg la dr dl tido dgn daddynya but since fitri pon dah pandai jeles,die pon ikut nak tido dgn daddy.Okla tu...bolehla mummy bersenang lenang atas katil sorang2...kekekekeke

Cerite pasal monthly checkup semalam.Semuanya dalam keadaan baik kecuali kedudukan uri yg agak kebawah but no worries baru 5 mths,masih banyak peluang utk uri berada dikedudukan sepatutnya.Insyallah....amin,tapi doc request utk sy buat MGTT test.Aiseh...i hv no diabetes la but since anak2 saya lahir 3.0++ keatas dr risau kot2 saya ade kencing manis.In next 2 weeks kenela minum air gule tp air gule kat klinik selalunya sedap dan berperisa,takde hal la cumenya sy tak suke asyik  kene ambik darah.Ngerila weh!

Dan kali ni masih tidak dapat intai apakah gender bakal anakku ini,mungkinkah ianya perempuan????Kenela tunggu next checkup...harap2 bolehla nampak gender die.According to doc katenya perempuan...wallahualam.Since ianya belum betul2 konfom tak bolehla nak canang kat semua org.

Next checkup dalam bln October nanti.Rasenye kejap betul masa berlalu.Hati ni dah eksaited nak beli brg2 baby tp kene sabar sbb insyallah in November we will move to our HOME SWEET HOME.Insyallah

Monday, September 10, 2012

Selamat Hari Lahir Fitri

2 org nak conteng
Alhamdulillah hari ini genap fitri berusia 2 tahun,kalo ikut perkiraan bulan islam fitri telahpon berusia 2tahun ketika 1 syawal kelmarin. Besar dah anak bujang kedua saya.

Dikala ini fitri sudahpon berhenti menyusu badan,kadang2 bile saya sua pon die nak tanak jer.Die betul2 berhenti menyusu ketika 2 minggu sblm raye,kalau tidak sblm ni memalam mesti die akan menyusu lg tp sejak bulan puase aritu die betul2 dah stop.Senang meh!die pon ok jer minum FM,syukur sgt die tak banyak songeh time nak berhenti menyusu mahupon time nak tukar dari SI ke FM.Alhamdulillah kedua2 anak saya sgt senang utk weaning off dan tukar susu.Takde specifik petua pon saya dapat berkongsi dgn kawan2 semua.

Tentang perkembangan fitri...mulut mmg sgt  banyak dan die dah boleh buat ayat pon.

nak tido daddy
nak ikut daddy
tokwan tadak,naik moto
hariz jom

banyak ler lagi ayat2 yg die dah boleh buat.Pantang nampak pompuan semua die panggil kakak tp tanak pulak die panggil mak die kakak...kekekeke,tau pulak die panggil mummy

Ape yg hariz buat mesti die pon nak buat,biaselah dah ade mentor kan.Kalo kedua2 tido sunyi ajer rumah dan barulah saya boleh berehat dgn tenang dan aman.Kalo tidak nak baring pon ssh,takut dorang main2 terpijak pulak perut saya.

Sempena ulangtahun ke-2 fitri ni tiada sambutan ataupon majlis mkn2 kami buat cuma doa dan harapan kami semoga fitri menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan akhirat.Mummy,daddy,abg hariz dan baby dlm perut syg sgt dekat fitri.Semoga dilimpahkan rezeki yang banyak dan dipanjangkan umur dari-Nya...insyallah amin

Friday, September 7, 2012

Happy Belated Birthday suami

2 org nak conteng
Eh...saya lupe sgt nak buat entry harijadi suami saya.Dah dekat 2 minggu pon harijadi die berlalu.Hadiah nanti akan dipersembahkan kepada die bulan 1 tahun depan...hehehehe

Hari lahir die jatuh pada 6 syawal,so mmg ler takde celebrate ape.Pg kenduri kawin dan OH ajela,pastu balik umah masing2 terbungkang tido..ngehngehngeh.

So ucapan selamat kepada suami saya adalah

semoga dapat menjadi suami yg baik dan ayah yg baik kepada anak2 dan dpt menjage kami semua sehingga ke akhir hayat dan akhir sekali semoga dpt cari duit banyak2 agar isteri mu ini dpt shopping hari2...hahahaha..okey itu mmg bukan ucapan yer.
Semoga hari2 mendatang akan lebih ceria dan bahagia buat kita semua.AMIN
 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez