Friday, September 28, 2012

Darah sebelum bersalin


Ops....bukan saya sudah mau bersalin,sekadar berkongsi dgn semua tentang kemusykilan darah yg keluar sblm bersalin.

Tanda2 bersalin bagi ibu2 adalah berlainan,mcm saya....ms hariz keluar air dan of cos kite tahu kalau kuar air ibu masih boleh menunaikan solat tp sedikit musykil jika tanda darah yg keluar as ms fitri tanda bersalin saya ialah keluar darah dihari terakhir puase.Mengikut kata ayah saya,harus berbuke puase kerana sudah keluar darah.

Tapi saya masih mencari fakta dan hukum serta jenis darah yg keluar sblm bersalin dan ini yang saya dapat.Sekadar berkongsi dgn semua

Soalan




Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza.


Jawapan Uzar



Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-





Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.



Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.



Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.



Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.



Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-



Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :



"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)


Jadi kesimpulan yg dapat dibuat adalah ibu yg tanda bersalinnya keluar darah atau lendir bercampur darah tidak diwajibkan berpuasa atau bersolat kerana sahih darah yg keluar itu adalah DARAH HAID

2 org nak conteng on "Darah sebelum bersalin"

Adlin ✿ Mama Of 3K ✿ on September 29, 2012 at 9:49 AM said...

bagus leh share ...

Khairyna on October 1, 2012 at 11:04 AM said...

org dua2 keluar darah..mmg tak solat dah bile darah tu kuar sbb konpius..hehe..ms danial bln pose, mmg tak pose dahla..dah ganti dah pun..hehe

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez