Saturday, March 9, 2013

Berpantang


Kali ni saya berpantang sendiri tp tau2 jela kan kalo dah pantang sendiri tu rase mcm dah tak pantang sbb semua keje kene buat sendiri plus ain prolong jaundice pulak.

Saya igtkan anak perempuan tidak la kene prolong jaundice mcm abg2nya tp sama je okey!Sebulan kami berulang alik ke hspital dan pas sebulan baru jaundice ain hilang bezanya kuning ain tak setgg abg2 die.Hati saya tidakla risau sgt sbb dah ade 2 pengalaman sebelum ni kan.

Set bersalin?disebabkan anak saya jaundice makanya saya tidak mkn sebarang jamu atau ubatan selepas bersalin.Saya cume jg pemakanan sahaje.Oleh itu cerita pasal bagaimana saya berpantang tidakla menarik sangat.Cume saya nak bgtau kepada puan2 dan tuan2 sekalian bahawasanya menjadi surirumah lebih penat berbanding bekerja dipejabat.Bangun pagi buat keje itu ini tgk2 dah pukul 1 petang.Masa mmg cpt sgt berlalu.Walaupon tak mkn jamu tp sy ttp memakai bengkung,kate nak kurus kan,ngehngeh.Tgk perut mcm org mengandung 4 bulan rase ngeri lak.hodoh giler okay!Saya hanya sapu krim mustajab extra power ajer sblm pakai bengkung.

Cerita pasal berat pulak sblm bersalin berat adalah 68kg dan harini berat sudah turun 10kg...huhuhu..masih belum dpt berat ideal ni.Kene gigih dan berusah utk kuruskan badan tp tak boleh nak skip makan pasal ain kan breastfeed.

Sblm bersalinkan ain rase risau sgt takut tak boleh nak handle 3 org anak but alhamdulillah segalanya ok.Mule2 ajer rs mcm kelam kabut sikit but slowly adjust itu ini dan sekarang i know how to handle 3 org anak.Maybe dlm entry lain saya syer how to train kids yg tgh melasak mcm hariz dan fitri tu.



0 org nak conteng on "Berpantang"

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez