Thursday, July 25, 2013

Gincu Bibir dan Puasa

1 org nak conteng
Dari segi puasa, memakai gincu atau pelembab bibir tidaklah membatalkan puasa jika dapat dijaga jangan sampai bahan dari gincu itu bercampur dengan air liur dan tertelan ke dalam kerongkong. Hukumnya sama seperti menggunakan ubat gigi ketika sedang berpuasa. Jika bahan dari ubat gigi tidak masuk ke dalam kerongkong (yakni kita menggosok gigi dengan menjaga jangan sampai tertelan bahan dari ubat gigi itu) tidaklah membatalkan puasa kita.


2. Dari segi hukum berhias, tidak harus wanita Islam memakai gincu bibir yang terlalu menonjol warnanya yang menarik perhatian lelaki kepadanya. Itu termasuk dalam tabarruj yang dilarang agama. Sebaiknya gincu bibir berwarna hanya dipakai isteri untuk suami sahaja di rumah. Adapun yang sederhana yang sekadar mengekalkan warna asal bibir atau untuk melembabkan bibir sahaja, insya Allah diharuskan.

3. Satu lagi perlu dingatkan; bahan-bahan solekan yang digunakan (sama ada losyen, gincu, bedak muka dan sebagainya) wajib dipastikan ia bersih dan suci, iaitu bebas dari bahan-bahan najis seperti lemak babi, gelatin haiwan yang syubhah dan sebagainya. Di samping hendaklah dipastikan juga tidak mendatang mudarat kepada kulit atau badan kerana setiap yang memudaratkan adalah dilarang dalam Islam.



Wallahu a’lam.

Friday, July 19, 2013

Rezeki bulan Ramadhan

2 org nak conteng
Petang semalam mase ambil budak2 dekat taska pengetua taska consider as pengetua la kot sbb die yg incharge keseluruhan taska panggil saya

"kak,nanti masuk kejap yer saya nak jumpa"

Tibe2 terus rase berdebar mcm festime nak dating dgn boypren,kehkehkeh.Dalam kepale otak ni dah rase mcm borang yg kiteorg isi dulu tu dah ade jawapan tp takde nak berharap sangat since ramai jugak yg minta dan kate cikgu tahun lepas sorang pon tak dapat.

Ok...back to the story,maka saya pon masukla dalam pejabat dan cikgu pon tunjuk la surat sambil senyum2.Wah....tak sangke sungguh hariz layak dapat.



Katenye dalam ramai2 yang mintak hanya 4 org je yg dapat termasuk hariz.Syukur alhamdulillah!Rezeki dibulan ramadan.

Haritu mase cikgu suruh isi borang untuk bantuan ni saya hanya suke2 isi,tak salah kalau mencuba kan.

So esok adalah hari penyampaian cek kepada kesemua anak2 yg layak dapat.Bukan Taska Anjung Naluri aje tp ade 24 buah tadika yg lain jugak layak dapat.Eh...cek bukan atas name anak tapi atas name bapa.


***Sebelum ni hariz ke Taska lain tp saya tgk tiada perkembangan ms die kat taska tu maka saya tukarkan die ke anjung naluri tahun ni.Mmg pilihan yang tepat saya rase sbb banyak perkare yg die dah belajar dan yg paling best die dah pandai eja name sendiri :)

Thursday, July 18, 2013

Tumpah darah selepas bersalin

2 org nak conteng
Teringat ketika saya melahirkan ain,darah keluar non stop even ketika sesi jahit menjahit berlaku.Mujur darah yg keluar tu tidak terlalu banyak sehingga kene masuk darah lain tapi saya perasan pad mmg cpt penuh dan kepala saya ade rase pening2 ketika disorong masuk ke wad.

Berbeza sangat ketika melahirkan fitri,rasenye kalau selepas melahirkan fitri saya disuruh berjalan sendiri dari LR ke wad pon saya mampu berbuat demikian even kalau saya disuruh berlari pon saya mampu berbuat demikian.

Nurse pesan jika darah masih banyak sehingga seminggu saya kene datang hospital semule utk cek bahagian V itu.Mati hidup semule pon saya takkan pg,gile ape nak p serah diri bagi misi jolok2 kat tmpt yg dah jahit tu.
Nurse gtau saya,ini bukan tumpah darah tapi ade sedikit luke ke camner tah yg buat darah tu non stop keluar.Fuh...lega saya dgr sbb saya mmg tidak pernah ade pengalaman tumpah darah.Mmg saya sangat bimbang ketika nurse kelam kabut tgk darah saya tidak berhenti2 keluar ditambah pulak suami tiada ketika itu.

Sedikit perkongsian mengenai tumpah darah
-----------------------------------------------
Tumpah Darah




Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.



Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.



Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.



Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.



Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:



Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.



Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

-------------------------------



Wednesday, July 17, 2013

Makanan pertama Ain

2 org nak conteng
So Ain dah masuk 6 bulan,maka die pon dah boleh mule makan.Bubur pertama ain adalah bubur+carrot.Letak carrot banyak2 karot kan manis dalam bubur ain kemudian masak dan blend la bubur tu. Hari pertama makan,muke ade sikit kerut2...hehehe,kelakar tgk expression muke die ms suapkan bubur dan air masak ke ain.Tak banyak yg die makan,adela dalam 3 4 suap tu pon die buat muke pelik je.

Hari kedua dirumah pengasuh.Saya bekalkan 2 kiub sahaje sbb kan die makan 3 4  suap jer tapi rupenya kate pengasuh 2 kiub tak cukup la mummy,mengamuk2 bile makanan dah habis.Lega hati bile ain boleh terime 1st solid food die.So hari ke 3 dan ke 4 saya bekalkan 4 kiub untuk die.Habis licin kesemuanya.


Untuk seminggu dua ni saya minta pengasuh suapkan die sekali sehari dulu bile dah seronok nak makan baru kita up sikit meal time die jadi 2 kali sehari.Kemudian kite up lagi puri buah pulak utk ain.

Saya takde bekas kiub2 comel untuk letak baby food tp saya ade bekas kiub ais,so saya gunekan bekas ais tu je letak ain punye frozen food lepastu wrap elok2 dgn aluminium foil.


**tibe-tibe feeling2 beri anak pertame makan solid food pulak,kehkehkeh

Tuesday, July 16, 2013

Fasting and Breastfeeding

0 org nak conteng
Alhamdulilllah bertemu lagi kita dengan ramadan yang mulia pada tahun ni,kalau ramadan tahun lepas ain masih didalam perut dan berusia 4 bulan tapi tahun ni ain sudah berumur 6 bulan.Alhamdulillah....syukur!
Insyallah ramadan kali ni adalah ramadan yg 4 saya dapat berpuasa penuh

Puasa boleh buat susu kurang????No no no...buang jauh2 fakta itu,kita cume tak makan dan minum lebih kurang 12 ke 13 jam sahaja,mase selebihnya kita masih boleh makan bukan?yang penting jangan skip sahur dan makan nasi ketika sahur.Kalau sekali due terlajak sahur susu anda tidak akan merudum tp jika hari2 tak bangun sahur maybe adela effect keatas pengeluaran susu anda.
Hasil perahan semalam,ade 4 botol tapi yg tepi tu tak nampak.Total semalam 20oz.Syukran ya Allah!
Hasil perahan pagi tadi.


Kurangkan jadual mengepam anda,jika selalu waktu kerja pam 3 kali kurangkan jadi 2 kali othwerwise anda maybe akan rase pening dan lemah ketika bekerja but depends jika anda rase mampu untuk maintain jadual mengepam anda maka teruskan.Bagi saya jadual mengepam saya kurangkan kepada 2 sesi sahaja pagi dan petang jika saya maintan 3 sesi alamatnya buka puase beli ajela dekat PARAM(pasar ramadan).Habis kepale sudah pening dan badan sudah lemah macammane mau masak

Minum minuman yg berkhasiat ketika sahur cth:milo atau horlicks.Kalau korang nak tau saya ni penggemar nescafe,hari2 mesti mau nescafe pagi dan petang tp ms bulan pose ni saya kurangkan pengambilannya...minum ketika berbuka atau selepas terawih.Cukupla nak hilang rase kempunan.

Rasenye itu sahaje resepi dan petua saya amalkan ketika bulan puase.Semoga anda dapat menyusukan dan dapat menjalani ibadah puasa penuh 30 hari.

Monday, July 15, 2013

Breastfeeding journey@6mth

1 org nak conteng
Alhamdulillah.....beberape hari lagi ain akan berusia 6 bulan dan secare otomatiknya sudah 6 bulan juga saya berjaye menyusukan ain**clap clap

Syer dulu gambar EBM pada ketika ini.Mmg tak muat tp sumbat selagi boleh sampai nak cari stok lame pon kene gali baru jumpe.Malas nak susun dah sbb ambik mase asyik nak kene organize sokmo senang citer kita masuk dalam plastic jer ikut bulan.
 Ikut sukehati sumbat.Asal muat
EBM bulan 7 yang tak sempat nak masuk dalam DF

Buat mase sekarang ain baru berjaye menghabiskan stok bulan 3.Working hrs saya bekalkan 16oz ke pengasuh.12 oz gune stok lame dan baki 4oz lagi adalah stok baru dan kebiasaanya mmg habis la kesemua 16oz tu kalau tak habis pon adela baki dalam 1 ke 1.5oz jer dan kebiasaan pulangan yg saya dapat ketika waktu bekerja adalah sebanyak 18 ke 20oz(Alhamdulillah) tapi jika kene buat keje luar hasil ade kurang sikit la sbb jadual mengepam sudah lari.Sekali due terpakse jugak dikorbankan fresh EBM sbb takde tmpt nak simpan susu. :(
2 fresh EBM dan 2 EBM bulan 4

So ain pulak sekarang ni makin laju kedepan makin laju jugak berjalan dalam walker,dah tau arah tuju dah kalau duduk dalam walker tu!takdela main ikut suke hati die jer jalan dlm walker :p.

Ain ni badan dan kaki die tegap dan pejal.Mane2 org yg dukung die pasti akan cakap macamtu termasuk mak saya sendiri.Katenya budak kaki pejal.....hehehe.

Last but not least.....gambar terbaru ain



Monday, July 8, 2013

Dialog bersama Fitri

6 org nak conteng
Dialog 1

tgh salin pampers ain

Fitri: eh,nape ain takde k__e?
Me: yela...ain kan girl,abg ngah boy
Fitri: yela...iki boy ain girl
Me: abg hariz ade k__e?
Fitri: ade,daddy pon ade

Innocent jer jawapan die tu


Dialog 2

Fitri nak pg mandi

Me: eeiii....ape tu abg ngah?
Fitri: K__e la
Me: bukan K__e,bebird la
Fitri: eh...bukan la K__e
Me: yela....K__e tu utk ape
Fitri: pee la.....

kehkehkehkeh


Dialog 3

Baru lepas makan roti canai

Fitri: eh...pedasnya
Me:ape yg pedas
Fitri: tu (sambil tunjuk plastic roti canai yg ditapau oleh daddy)kene kat kaki die
Me: gelak besar**bukan pedas la abgngah.....panas laaaa


Sebenarnya ade banyak lg dialog yg kelako dgn fitri tp tak boleh nak recall.Layan borak dgn fitri mmg best sbb satu kita Tanya sepuluh die jawab



Wednesday, July 3, 2013

Sensored

0 org nak conteng
Semalam saya buat keje luar ofis,sebelum mule keje isi perut dulu kemudian ternampak ini masa nak bukak pintu kereta






 Ofkos la mak keras dok dalam kereta.Hold dulu sampai la mamat ni pergi jauh.Sebelum tu die dok mundar mandir keluar masuk kedai makan.Sekali tgk pakaian die ni sebiji dalam cerite jumanji,ala....budak laki yg kene sedut masuk dlm game jumanji tu,bile keluar dari game macamni la rupe pakaian die.

Uncle ni punye cawat tu sikit lg nak nampak bontot....hehehe

Alhamdulillah syukur!

2 org nak conteng
Thank you Allah,thank you boss,thank you company memberi rezeki.Alhamdulillah....syukur,banyak ke sikit ke yang penting ade



***Boleh bekerja dengan senang hati.....lalalalala

Tuesday, July 2, 2013

Report Card Day

0 org nak conteng
Kelmarin Taska Hariz dan fitri ade buat hari report kad untuk penggal pertama. Saya mmg eager sangat nak pg sbb nak tau perkembangan anak2 secare detail.

Ain saya tinggalkan sbb takut tak boleh nak cakap lame2 dgn ticer dorang. Alhamdulillah.....fitri day by day die semakin baik.Mule2 masuk dulu cikgu die cakap fitri adalah seorg yg pemalu.Berat sangat mulut die mcm ade emas.Kalau cikgu tanye die buat keras jer(padahal kat rumah diela paling banyak mulut)tapi dari bulan ke bulan tgk social development die makin bagus.


Rekod prestasi fitri untuk penggal pertama
 Pokok kelapak fitri.Ngehngehngeh

 Tahulah hariz sekarang ni ape pesen tah amik gambo suke sangat jelir lidah.
Sila abaikan kain yang bersepah kat belakang tu yer. Laundry day adalah hari minggu sahaja.


Bagi hariz pulak komen cikgu adalah die sangat suke main.Kene garang2 baru die nak dgr cakap.Maka disebabkan itu saya benarkan die marah kalau die taknak dgr cakap tapi Alhamdulillah dalam banyak main begitu banyak jugak mende yg die dah pandai dan yang paling penting 90% bacaan asas untuk solat die dah hafal.

ABC,123 dari depan ke belakang lulus tapi bukan cemerlang,masih ade sangkut2 jugak cume 123 tu mmg die lulus dengan cemerlang.Pesan saya kepada cikgu kalau boleh by end of this year saya nak hariz betul2 boleh hafal dan kenal ABC sampai Z dan boleh bace at least 2 sukukata sbb tahun depan dah 6 tahun.

Habis dah penggal pertama,penggal kedua sudah bermule,harap anak-anak saya menjadi anak-anak yg cemerlang gemilang dan terbilang.AMIN



***Hariz taknak ambik gambar.Susah betul nak ambik gambar die sekarang ni
 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez