Tuesday, July 16, 2013

Fasting and Breastfeeding


Alhamdulilllah bertemu lagi kita dengan ramadan yang mulia pada tahun ni,kalau ramadan tahun lepas ain masih didalam perut dan berusia 4 bulan tapi tahun ni ain sudah berumur 6 bulan.Alhamdulillah....syukur!
Insyallah ramadan kali ni adalah ramadan yg 4 saya dapat berpuasa penuh

Puasa boleh buat susu kurang????No no no...buang jauh2 fakta itu,kita cume tak makan dan minum lebih kurang 12 ke 13 jam sahaja,mase selebihnya kita masih boleh makan bukan?yang penting jangan skip sahur dan makan nasi ketika sahur.Kalau sekali due terlajak sahur susu anda tidak akan merudum tp jika hari2 tak bangun sahur maybe adela effect keatas pengeluaran susu anda.
Hasil perahan semalam,ade 4 botol tapi yg tepi tu tak nampak.Total semalam 20oz.Syukran ya Allah!
Hasil perahan pagi tadi.


Kurangkan jadual mengepam anda,jika selalu waktu kerja pam 3 kali kurangkan jadi 2 kali othwerwise anda maybe akan rase pening dan lemah ketika bekerja but depends jika anda rase mampu untuk maintain jadual mengepam anda maka teruskan.Bagi saya jadual mengepam saya kurangkan kepada 2 sesi sahaja pagi dan petang jika saya maintan 3 sesi alamatnya buka puase beli ajela dekat PARAM(pasar ramadan).Habis kepale sudah pening dan badan sudah lemah macammane mau masak

Minum minuman yg berkhasiat ketika sahur cth:milo atau horlicks.Kalau korang nak tau saya ni penggemar nescafe,hari2 mesti mau nescafe pagi dan petang tp ms bulan pose ni saya kurangkan pengambilannya...minum ketika berbuka atau selepas terawih.Cukupla nak hilang rase kempunan.

Rasenye itu sahaje resepi dan petua saya amalkan ketika bulan puase.Semoga anda dapat menyusukan dan dapat menjalani ibadah puasa penuh 30 hari.

0 org nak conteng on "Fasting and Breastfeeding"

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez