Thursday, July 18, 2013

Tumpah darah selepas bersalin


Teringat ketika saya melahirkan ain,darah keluar non stop even ketika sesi jahit menjahit berlaku.Mujur darah yg keluar tu tidak terlalu banyak sehingga kene masuk darah lain tapi saya perasan pad mmg cpt penuh dan kepala saya ade rase pening2 ketika disorong masuk ke wad.

Berbeza sangat ketika melahirkan fitri,rasenye kalau selepas melahirkan fitri saya disuruh berjalan sendiri dari LR ke wad pon saya mampu berbuat demikian even kalau saya disuruh berlari pon saya mampu berbuat demikian.

Nurse pesan jika darah masih banyak sehingga seminggu saya kene datang hospital semule utk cek bahagian V itu.Mati hidup semule pon saya takkan pg,gile ape nak p serah diri bagi misi jolok2 kat tmpt yg dah jahit tu.
Nurse gtau saya,ini bukan tumpah darah tapi ade sedikit luke ke camner tah yg buat darah tu non stop keluar.Fuh...lega saya dgr sbb saya mmg tidak pernah ade pengalaman tumpah darah.Mmg saya sangat bimbang ketika nurse kelam kabut tgk darah saya tidak berhenti2 keluar ditambah pulak suami tiada ketika itu.

Sedikit perkongsian mengenai tumpah darah
-----------------------------------------------
Tumpah Darah




Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.



Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah. Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak. Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk mengelakkan kejadian tumpah darah. Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.



Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Wanita yang mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, bawalah wanita itu segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.



Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini boleh mengancam nyawa ibu.



Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:



Pertama: Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa. Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian, cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.



Kedua: Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan (prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati. Juga tentukan rahim itu kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus ini perlu dilakukan di bilik bedah.

-------------------------------



2 org nak conteng on "Tumpah darah selepas bersalin"

Ibu Lala on July 18, 2013 at 4:43 PM said...

Takutnya baca ni. Alhamdulillah tak,pernah kena. Seriau.

Salam ramadan. Kita singgah sini ye.

anna on July 19, 2013 at 8:18 AM said...

salam ramadan juga utk kak ana :)
tq sudi singgah

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez