Friday, January 24, 2014

Rakyat Miskin Rakyat Kaya

1 org nak conteng

 Macammane kerajaan nak bezakan RAKYAT MISKIN dan RAKYAT KAYA??? Mungkin ade mesin scan orang kot yg kerajaan akan beli tak lame lg....kehkehkeh

Kita tunggu jela sbb kalo dah gini gaye kebarangkalian harge petrol akan naik lg adalah sangat tinggi


Kerajaan akan hadkan subsidi RON95 - Tengku Adnan


PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Bagus betul kajian Datuk Seri AWO tu...sangat bernas dan belengas!GOOD JOB

Sejuk

0 org nak conteng
Sejak dari Bulan 12 tahun lepas cuace di pahang terutama sekali kuantan sejuk jer.Malam tido rase takmau pasang kipas tp rase rimas la pulak bile tido tak pasang kipas jadinya kipas masih on tapi kelajuan paling perlahan.

Dan disebabkan penggunaan elektrik terutama sekali aircond sangatlah minima,bil elektrik kami pon banyaklah turunnya.Alhamdulillah disebalik kenaikan tarif letrik januari lalu,kami tidak terase sangat la dan harap2 cuace sejuk begini berkekalan sampai hujung tahun ni,hehehe...bolehla feeling2 duduk obersea,muahahaha

Kalau duduk dalam rumah pon rase nak pakai stokin/selipar mcm dalam cerite korea tu...kehkehkeh kuat betul pengaruh korea dlm diri saya, tapi rase mcm terganggu pulak nak kuar masuk toilet dan risau pulak ain masuk mulut selipar tu since ain sekarang sangatla suke masuk barang dlm mulut dan die ade lg satu peel suke buat aksi kuak lentang smbil cium lantai tande protes kalau tak dpt sesuat yg die nak.Aduhai anak dara tu.

Berbalik cerite cuace sejuk tu,macammane la agaknya kalau tibe2 satu hari nanti salju turun kat bumi malaysia...mustahil atau tak mustahil korang rase??

Wednesday, January 22, 2014

Hariz's drawing

0 org nak conteng
Hariz now is 6 years old dan ape yang saya boleh nampak die bertambah matang berbanding dulu
from left:daddy,mummy(wearing tudung)fitri and hariz (holding ain in his arms)
Sekarang ni mummy tak perlu gune high pitch tone untuk anak2-including fitri sbb mummy dah ade assistant :)
butterfly 
 Hariz can take care of ain while mummy buat kerja2 rumah.
the one yg warne kuning tu is lampu kate hariz dan yg mcm star2 tu is kipas

the 1st butterfly yg hariz lukis is better than this but ini pon cantik jugak
 dan hariz is more sensitif now oleh itu mummy has to explain everytime kenape dan mengape mummy marah die,fitri or ain.Hari2 kene sebut perkataan sayang supaye die tidak terase asing dan kekurangan kasih syg from both of us.

Bile hariz pakai baju kafa nampak die makin matang :)


Tuesday, January 21, 2014

Selamat Hari Lahir Baby Ain

1 org nak conteng
Rase baru je semalam melahirkan ain,tibe-tibe die dah jadi setahun.Kisah kelahiran ain di SINI

few hrs after she was born
From this tiny little feet



to this comel dan tak berape nak kecik

kaki yang dah pandai melangkah dan memanjat sekarang ni

The first year is the year you will be learning how to walk and later how to run. Enjoy
doing both of them. Either you believe it or not it was only 12 months ago when we welcomed you in life.

Happy Birthday my sweetie Hayfa Nur'ain!


**Harijadi ain adalah pada 14/1/14 tapi mummy tercicir nak update entry harijadi ain.Sori ain

Monday, January 20, 2014

Hi- 5

1 org nak conteng
Sejak dah pandai tgk TV,this is the feveret tv show yg ain suke sgt tgk.

HI-5

Tegak je duduk

mate pon tak berkelip
video


Disebabkan ain, mummy pon dah terjebak dgn hi-5 ni,sekali sekala enjoy jugak tgk cerite ni,sambil2 tgk dorang menari mummy pon ikut sekali menari....hehehe
fokus sangat sampai pejam mate

Abg Hariz pon eksaited jugak

Dance ain dance

Nak uplod video lambat sangat jadinya kite tgk gambar jela yer.

HI-5!!!

Wednesday, January 15, 2014

Kangkung jer yang turun??

0 org nak conteng
Okla...kate tokjib,bukan semua barang naik ade jugak yang turun.Alhamdulillah....prihatin jugakla pak menteri kita walaupon semua maklum harge kangkung kat pasaraya seikat beso makan 5 orang baru 4 ke  hengget ajer.anggaran ajer

Yelah....agaknya orang2 kaye ni tak makan sayur kangkung.Mungkin sayur hidangan tengahari mereka adalah brokoli dan yg sewaktu dengannya maka manelah mereka semua tu nak tau harge kangkung sebenar dipasaran.

Hurm...lepasni ade lagi ke harga barang yang akan turun???same2 la kite semua berharap walaupon tahu pasti tak lame lagi akan ade harga barang yang akan naik,semua tu tunggu mase jer nak umum sbb sebelum umum mesti nak kene ade alasan yang konon2 logiklah kat mereka seperti

kalau taknak bayar tol,sila gune jalan lama
kalau tak suke politik kat malaysia sila berhijrah ke negara lain
Jangan risau GST tidak akan dikenakan kepada budu,belacan,kacang dhal ikan masin,cencalok dan garam
kalau harge ayam mahal jangan beli ayam belila daging!


haaa..kelas kau jawapan dan statement ni.Ko ade???

**PEACEE

Thursday, January 9, 2014

Minyak naik lagi????

2 org nak conteng

Pagi tadi suami saya tanye betul ke minyak naik sbb die kate die tuang minyak tak dapat mcm yg selalu die dpt.Pastu masuk opis saya gugel dan terjumpe la mende ni

Melampau betul la sekarang ni,semua mende naik,tak sampai beberape bulan minyak naik lagi.Ni sekarang aku pulak naik....naik tocang!!!

Ishkkk....aku rase mcm eii...geram betul sampai tak boleh nak ucap dgn kate2 kemarahan ni.Kalau la pak menteri terutama sekali bapak menteri tu ade kat sini,dah lame aku ketuk kepale bagi die sedar sikit sbb mungkin sekarang ni die masih terbuai2 dalam mimpi lagi.

Barang dah naik,minyak dah naik tp bantuan banjir yg konon2 kate nak bagi tu sampai kesudah aku tak dpt lagi,bantuan yg negare lain bagi tu mesti dah masuk poket sendiri dulu lepas tu yg saki baki tu la br rakyat yg tak bape nak kaye raye dan rambut tak sekembang kakmah tu dapat.Pastu apehal pulak nak cop muke ko kat situ,padan muke aku buat lap taik kucing je muke ko!

haish...takleh nak cakap lg sbb kalo banyak cakap lagi banyak mende tak baik aku nak cakap.Sekian


Tuesday, January 7, 2014

BROTHERS

0 org nak conteng





Monday, January 6, 2014

Muzium Pekan

0 org nak conteng
Tiap2 tahun mmg saya sangatla kedekut nak guna cuti tahunan saya unless mmg betul2 ade hal then barulah saya apply cuti tahunan kalau saje2 nak cuti,mintak maap ler.Disebabkan itu,bile sampai ke penghujung tahunan tgk2 cuti masih ade lg 8 hari.

Maka selepas cuti banjir masuk keje sekejap pastu saya terus cuti sampai ke penghujung tahun.Wallah....sangat mabeles dapat cuti lame2 gitu,feeling2 surirumah pulak...hehehe

Tapi bile dah cuti lame2 gitu,tatau pulak nak g mane.Dok umah sepanjang mase boringla jugak,nak pg jenjalan...alahai mane la tmpt nak pg kat kuantan ni,nak pg jauh2 risau pulak musim2 hujan nak tinggal rumah.Oleh itu meronda2 sekitar kuantan jela,lompat dari satu soping mall ke soping mall lain sampai naik jemu.

Pastu baru terpikir nak pg sini.Dah lame betul tak jejak kaki ke muzium pekan.Last pg adelah puluh2 tahun yg lepas,mase tu sekolah menengah tingkatan 2 ke 3 kot.

So pagi2 dah gerak takdela pagi sangat kol 11 jugak la..kuikukui. Ain transit ke rumah pengasuh,uish...tak boleh bawak ain pg tmpt2 gitu, takut balik rumah tgh malam ain menangis2 tak tentu pasal,so jangan cari pasal hokay!

Sampai pekan pusing2 dulu pastu pekena nasi ayam tak sedap dekat tepi sungai.Daddy kate sedap lagi nasi ayam mummy...ehemehem.Setel semua barula terus menuju ke destinasi impian hariz dan fitri sbb ms sampai tu dah lalu kat situ, kasik mood dulu kat dorang,pastu tgh mkn asyik dok ulang2 nak pg muzium,padan muke sendiri sbb mengade2 nak lalu situ

Bayaran masuk RMxx untuk orang pahang,untuk bukan pahang mahal sikit tp tatau berape sbb bukan saya yg pg bayar....kehkehkeh tapi rasenye untuk orang pahang RM4 dewase,kanak2 lebih 12tahun baru kene caj.




Pusing sane pusing sini dah habis tawaf satu muzium.Pendapat saya....sangat tak bes berbanding dulu.Saya tatau la apemende yg muzium tu letak dalam muzium.Frust betul sbb saya punye expectation sangat tinggi tp rupenye alahai...ni jer ke yg ade dlm muzium.haa..mcm tula lebih kurang perasaan saya.







Lepastu amik2 gmbr sikit,feeling2 romen-tik...ngehngehngeh.
 gedix amik gambo sendiri...hehe

Plan asal pas g muzium nak pg tempat kelahiran tun abd razak tp mood dah hilang dan terus je la gerak balik ke kuantan.

Sekian

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru

0 org nak conteng
Bangun tido pagi tahun baru fikiran rase blur sangat sbb mcm tak percaye dah masuk tahun 2014.Terase 2013 pergi begitu sahaje tapi alhamdulillah ape yg dihajati untuk tahun 2013 dapat saya capai.

Banyak perkare yg dah berlaku sepanjang tahun 2013,sukaduka semuanya ada.Permulaan tahun 2013 kami gembira dgn kelahiran puteri sulung Hayfa Nurain dan akhir tahun pula diakhiri dengan suasana kurang gembira banjir yg membuatkan bandar Kuantan lumpuh untuk beberape hari.

Apepon yang berlaku setiap hari adalah dugaan dan cabaran yg kita semua patut hadapi dengan tabah dan redha.Setiap musibah yang datang terselindung hikmah disebaliknya.

Semoga tahun 2014 memberi lebih banyak kenangan yg indah dan manis untuk kite semua.Insyallah




 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez