Friday, January 24, 2014

Rakyat Miskin Rakyat Kaya



 Macammane kerajaan nak bezakan RAKYAT MISKIN dan RAKYAT KAYA??? Mungkin ade mesin scan orang kot yg kerajaan akan beli tak lame lg....kehkehkeh

Kita tunggu jela sbb kalo dah gini gaye kebarangkalian harge petrol akan naik lg adalah sangat tinggi


Kerajaan akan hadkan subsidi RON95 - Tengku Adnan


PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Bagus betul kajian Datuk Seri AWO tu...sangat bernas dan belengas!GOOD JOB

1 org nak conteng on "Rakyat Miskin Rakyat Kaya"

Syima ~Mama Kyra~ on February 6, 2014 at 8:49 AM said...

menteri je yg ada mesin kenalpasti org miskin org kaya..HUHU
seb baikla thn ni tol x jadi naik..petrol tu confirm sethn 2x naik..huhu

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez