Wednesday, January 11, 2017

Back to school 2017


Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas dan melihat anak-anak membesar di depan mata serta menikmati hidup untuk setahun lagi..in shaa Allah.

Tahun ni ketiga-tiga anak sudah memasuki alam persekolahan walaupon anak dara yg no 3 tu baru masuk KEMAS but it still consider sekolah lah sbb die perlu bangun dan bersiap untuk ke sekolah seperti abang2-nya. Hariz dah masuk darjah 3 while Fitri akan memulakan alam persekolah yang sebenar dalam darjah 1. Anak2 dah makin membesar dan tugas dan tanggungjawab mommy pon makin besar.Tugas menggosok baju pon makin bertambah..argggghh,yg ni mommy dont like.

Semakin anak membesar semakin selera makan mereka bertambah. Kalau dulu beras 5kg sudah cukup untuk kami tapi sekarang ni 5kg dah tak cukup,kene beli 10kg punya beras. Huii..mcm ramai sangat anak kan tapi itulah hakikatnya,

Hari pertama sekolah,Ain ok je tapi bile kwn2 sekeliling dah stat enjin die pon mula la buat muka
 Hari pertama
Muka dah stat nak nangis

Hari kedua dan seterusnya die dah ok,nasib baik pagi2 tak jd drama queen sangat. Masuk minggu ke-2 dah takpayah tunggu dah sbb dah ade kawan.Alhamdulillah.


Fitri pulak sbb die dah biase dengan persekitaran sekolah ms pra dulu jadi mmg takde masalah masa hari pertama,kiteorg just hantar kat luar sekolah je dan dtg semula pada waktu rehat,kiteorg sampai time rehat die dah kenyang makan.Okla..die dah pandai berdikari jadi tak perlu nak jd inspektor gadget lagi. Hariz konfom dah takpayah tunggu sbb die dah darjah 3






Saje intai die dalam kelas.Nampak die ok hepi jer

Anak2 dah pandai berdikari kat sekolah mommydaddy takla susah hati sangat. Semoga anak2 tetap bersemangat ke sekolah setiap hari.

0 org nak conteng on "Back to school 2017"

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez