Friday, January 13, 2017

Cuti-cuti Terengganu


2 minggu sebelum bukak sekolah, sempat kami makan angin ke Terengganu selama 3 hari 2 malam. We stayed at homestay di Kg Atas Tol,x sempat pulak nak ambik gambar homestay tu tapi you can find it in IG Budget_home2stay_ktrg

Sepanjang perjalanan cuaca baik tapi bila masuk je Bandar KT hujan renyai2 start turun and sepanjang 3 hari kat KT cuaca sangat tak baik,hujan sepanjang hari. Sempat kami solat di Masjid Kristal tapi keadaan masjid sangat menyedihkan. Masjid tidak terurus luar dan dalam,Nampak cantik dari jauh tapi bile sampai dekat rupenya tidak.Taktahula ape tujuan bina masjid Kristal tu,nak mengkayakan kroni atau betul2 nak bina untuk kegunaan ramai. Tempat ambil wuduk pon jauh,dahla hujan lebat ms tu. Eh tapi agaknya masjid sekarang tmpt wuduk mmg buat jauh kot sbb kat masjid Negara tu tmpt wuduk giler jauh,sampai 2 kali turun tangge baru jumpa.Kot ya taknak karpet berbau,janganla buat jauh sangat tempat berwuduk tu.Macam nak lelah pg ambil wuduk.
Okay,sebelah masjid Kristal adalah taman tamadun islam tp kiteorg tak masuk pon sbb 1 mahal kot caj nak masuk dlm tu dan kebetulan time tu hujan,jadi adela reason kukuh kenape kiteorg tak perlu masuk dlm tu.

Lepas asar kami igt nak pg mkn dekat DAPO PATA tapi takde rezeki,banyak kedai masih tutup.
sumber gugel

Tatau la masih tutup atau mmg tutup takde org sewa.Jadi kite g makan dekat kedai berdekatan jelah.Mujur sedap dan murah. Tengah2 makan tibe2 dah malam….hahahah,so tak boleh nak kuar jenjln sangat mlm2 kat tmpt org sbb ade baby kan,jadi lepas mkn terus je balik homestay layan TV jer.Habis dah hari-1

Pantai kat belakang tu cantik sbb die dah tambak..jadi anak2 boleh mandi dengan selamat,ade ambik gambar tapi hp i kamera tak cantik jd iols tak apdet la dlm ni

Hari ke-2,bangun pagi pegi makan kat umah kwn abg ipar kat sebelah airport(tatau ape name kg tu)Lame gile kot die borak dgn kwn die sampai habis pecah candle holder tuan umah ain buat.Lepastu hujan pulak,pg muzium jela,ofkos baby and I tak masuk.Muzium kot banyak brg2 lame,kang tak pasal iols tak boleh tido malam.Jadi daddy pon temankan mommy dok luar muzium je while yg lain masuk muzium.Lepas g muzium pg cr kedai isi temolok malangnya nak mkn kedai tu ramai penuh pack gile org,katenye best in town,kedai mok nung,gitula kot ejaannya.Sebab ramai nak mampos org kite g makan kedai berdekatan jelah tapi malangnya makanan tak sedap langsung.huhuhu…nasib la kan.
macamnila suasana kat kedai mok nung,korang agak nak ke iols pg tmpt ramai2 cmni semata2 nak makan celup tepung???mmg takla kan dgn baby lg,budak2 yg tak berape nak behave..huhuhu

Hari ke-3,pagi2 dah keluar sbb cuaca agak baik,terus cekout dan pg ke Chinatown tgh bdr Tganu.Sebenarnye rase mcm tak byk tmpt menarik nak pg kat tganu ni unless sesape yg suke pantai la tapi kuantan pon banyak pantai kan buat ape kiteorg nak g cr pantai lg kat tmpt org.Kat Chinatown tu takla menarik sgt tp bolehla sbb dah takde tmpt menarik nak pg,sempatla beli kaftan selai,nak cr kaftan utk ain tapi takde pulak. Tak masuk pasar payang pon sbb leceh kot ramai askar nak kene angkut,jadi pg kedai sekitar2 tu jer.


OTW blk singgah kedai kopok lekor 008 dan terus blk ke Kuantan.Sampai rumah lebih kurang pkl 6ptg.Alhamdulillah..sepjg perjlnan balik hujan sangat lebat.
Jap nak list tmpt ape je yg kiteorg  pg ms di Tganu.

-Masjid Kristal
-Taman Tamadun Islam-buat laluan sutera je otw nak g masjid Kristal….hahaha
- Dapo pata-Tutup
- Chinatown- checked sempatla ambik gambar budak2 kat sini
Segala mak nenek pantai kat ganu tak pg sbb hujan.


Ok tu jer aktiviti hujung cuti sekolah.So Tganu dah pegi lepas ni takmboh g  ganu dah sbb tak berape nak menarik cuti2 mesia kat sane.Next trip kite g Kelantan la pulak.Round pantai timur dulu baru kite round utara dan selatan. Adik pon dah besar sikit time tu bolehla cuci mate waktu malam.

0 org nak conteng on "Cuti-cuti Terengganu"

 

MYLIFETIMEJOURNEY Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez